Pages

Saturday, October 2, 2010

*KeAgAmAaN di MaLaYsIa*

PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA
  • Agama merupakan satu rangkaian sistem kepercayaan dan amalan yang berkait rapat dengan perkara-perkara yang kudus.Kudus ialah sesuatu yang dianggap penting dan menghasilkan satu penghormatan,kesucian dan kemuliaan.Sepanjang sejarah kehidupan dan tamadun,manusia tidak terkecuali daripada berpegang atau menganut sesuatu agama.
  • Antara agama-agama utama dunia ialah agama Islam,Kristian,Buddha,Hindu dan Sikhisme.Kebanyakan daripada agama-agama ini mempunyai ciri-ciri umum seperti mempercayai kewujudan Tuhan ('God'),mempunyai amalan-amalan tertentu,mempercayai hari pembalasan,mempunyai sistem perundangan,mempunyai kitab suci,hari suci,tempat suci dan lain-lain lagi.
  • Bagaimanapun,ada juga rakyat negara ini yang percaya kepada beberapa ajaran yang lain seperti Confucius dan Taoisme.
  • Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu nilai yang mampu membentuk diri seseorang individu menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan.Kepercayaan kepada tuhan bermaksud keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan manusia dikehendaki mematuhi suruhan-Nya berdasarkan pegangan agama masing-masing.
  • Amalan bekerjasam

  • Setiap agama mempunyai nilai-nilai murni.Jika dipraktikkan amalan-amalan berkenaan,kehidupan masyarakat dalam sesebuah negara akan menjadi aman dan harmoni.Pelbagai prinsip hidup yang baik seperti amalan tolong-menolong ,bergotong-royong,bekerjasam,bertolak-ansur,ingat-mengingati,saling memberi dan menerima sememangnya ditekankan dalam setiap agama.Kesemuanya bertujuan membentuk sikap yang mulia dan tingkah laku yang baik yang seharusnya menjadi amalan kita bersama.


Amalan bergotong-royong
  • Di samping itu,penganut agama masing-masing juga disarankan supaya mengelakkan diri daripada melakukan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat,terutamanya kegiatan yang berunsur maksiat seperti bekelakuan tidak seronoh,berjudi,berzina dan sebagainya.Kita disuruh hidup berbaik-baik dan menghormati di antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian tanpa mengira perbezaan agama,keturunan,warna kulit dan buday masing-masing.
  • Dalam konteks mencapai kecemerlangan hidup,nilai-nilai murni seperti amanah,sabar,bertanggungjawab,penyayang,tekun dan sebagainya patut diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Seseorang individu yang mempunyai pegangan agama yang kukuh mampu menjaga maruah dirinya,keluarga dan juga masyarakat secara umumnya tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah agama.Nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh setiap agama ini membantu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat khususnya masyarakat berbilang kaum seperti yang terdapat di negara kita.

Makkah


Church


Buddha temple


Hindu temple
Tempat ibadat yang menjadi tumpuan penganut-penganut agama Islam,Kristian,Buddha dan Hindu.

PELBAGAI PERAYAAN MENGIKUT KAUM DAN AGAMA DI MALAYSIA
PERAYAAN ORANG MELAYU
Hari Raya Aidilfitri
  • Disambut pada 1 Syawal oleh umat Islam di seluruh dunia.
  • Merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan berpuasa.
  • Umat Islam diwajibkan  membayar zakat fitrah sebelum 1 Syawal.
  • Umat Islam disunatkan memakai pakaian baru dan bersih.


Berpakaian baru dan bersih di Pagi Hari Raya



  • Pada pagi Hari Raya,umat Islam berkunjung ke masjid untuk bersembayang dan mendengar 
    khutbah (syarahan agama).


Mendengar khutbah di pagi Hari Raya











  • Mereka bermaaf-maafan antara satu sama lain.
  • Amalan ziarah-menziarahi dilakukan sama ada di rumah sanak-saudara dan jiran atau kenalan.
  • Juadah yang sering dihidangkan termasuklah ketupat,lemang dan rendang.


Juadah Hari Raya








  • Amalan menziarahi kubur di tanah pekuburan turut dilaksanakan.Biasanya kerja-kerja pembersihan kubur dilakukan sebelum Hari Raya Puasa.


Menziarahi kubur di tanah perkuburan







  • Orang Islam selalunya mengamalkan konsep 'Rumah Terbuka' iaitu menerima sesiapa sahaja yang datang beraya ke rumah mereka.
  • Kanak-kanak yang berkunjung ke rumah mereka akan diberikan duit raya.
  • Pada hari tersebut,ucapan "Selamat Hari Raya" dan "Salam Aidilfitri" akan kedengaran apabila mereka berjumpa antara satu sama lain.Selalunya diucapkan semasa berjabat tangan. 
Hari Raya Aidiladha/Hari Raya Haji
  • Dirayakan oleh seluruh umat Islam  di dunia pada 10 hingga 13 Zulhijah.
  • Hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan perintah tuhan.
  • Pada pagi 10 Zulhijah,umat Islam akan menunaikan sembahyang sunat Aidiladha.
  • Pada bulan ini juga,umat Islam yang berkemampuan pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji yang menjadi salah satu  Rukun Islam yang perlu dilaksanakan.
  • Penyembelihan  binatang ternakan seperti lembu,kambing,unta dan seumpamanya dilakukan ketika sambutan perayaan ini.
  • Daging tersebut akan disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.
  • Persiapan untuk menyambut Hari Raya Korban tidaklah sehebat persiapan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. 





    Menunaikan ibadat haji
    Daging korban ini disedekahkan kepada golongan miskin
    Maulidur Rasul

  • Masyarakat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
  • Perayaan ini biasanya disambut pada 12 Rabiulawal iaitu pada bulan ketiga kalender Islam
  • Perayaan ini turut disambut di ibu negara dan juga di ibu negeri masing-masing.
  • Biasanya perayaan ini disambut di masjid-masjid.Umat Islam berkumpul beramai-ramai dan mendengar ceramah tentang sejarah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.
PERAYAAN ORANG CINA
Tahun Baru Cina
  • Perayaan terpenting bagi seluruh kaum Cina yang disambut di seluruh dunia.Tahun Baru Cina merupakan hari pertama bagi tahun baru mengikut kalender kaum Cina.
  • Disambut pada 1 hingga 15 hari bulan pertama mengikut kalender Cina.Perayaan ini diraikan bersama-sama kaum lain.
  • Sebelum perayaan,masyarakat Cina membersihkan rumah mereka.Dipercayai membersihkan rumah bererti menyapu keluar semua nasib tidak baik bagi tahun yang lama sebelum masuknya tahun baru
  • Adalah dilarang menyapu pada Tahun Baru Cina supaya nasib baik tahun baru  tidak disapu keluar
  • Satu lagi kepercayaan kaum Cina ialah membayar hutang dan mengutip hutang sebelum masuknya tahun baru supaya makmur.
  • Upacara makan besar diadakan di rumah ibu bapa pada malam tahun baru iaitu satu hari sebelum Tahun Baru Cina.Semua anggota keluarga sedaya-upaya berkumpul dari dekat atau jauh untuk makan bersama.Ia sebagai lambang perpaduan bagi keluarga dan masyarakat.
  • Digalakkan memakai pakaian yang baru dan berwarna merah untuk kebaikan pada tahun tersebut.
  • Memakai pakaian berwarna merah pada Tahun Baru Cina
  • Tradisi saling mengunjungi diadakan dan tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah.Antaranya termasuklah kuih-muih,biskut,kek,kacang dan sebagainya.Buah Limau Mandarin diberikan kepada orang yang datang sebagai tanda kemakmuran.
  • Buah Limau Mandarin sebagai tanda kemakmuran
  • Golongan yang sudah berkahwin memberi angpau kepada golongan muda yang belum berkahwin.
  • Angpau diberikan semasa Tahun Baru Cina
  • Perarakan tarian naga atau tarian singa sering diadakan.
  • Tarian singa yang diadakan pada Tahun Baru Cina



    Hari wesak
  •  Dirayakan pada bulan Mei pada waktu bulan terang oleh seluruh penganut agama Buddha.
  • Untuk memperingati tiga peristiwa penting iaitu kelahiran,kesedaran dan kematian Buddha
  • Penganut Agama Buddha mengunjungi 'Vihara' (kuil) untuk bersembahyang dan melepaskan burung merpati.
  • Mereka memberi makanan kepada orang miskin dan bersedekah kepada sami dan juga orang miskin. 



PERAYAAN ORANG INDIA
Hari Deepavali
  • Dirayakan oleh seluruh penganut agama Hindu pada bulan ketujuh mengikut kalender Tamil.
  • Deepavali bermaksud sebaris pelita.Penganut Hindu percaya bahawa dengan memasang pelita,kecerahan (melambangkan kebaikan,keadilan dan kebijaksanaan) akan mengatasi kegelapan (melambangkan kejahatan,kezaliman atau kejahilan).
  • Disambut sebagai merayakan simbol meraikan kejayaan Dewa Rama menumpaskan Ravana yang jahat dan juga Dewa Krishna berjaya menumpaskan Asura
  • Rumah dibersihkan dan dihias dengan kolam,lampu-lampu moden pelita tradisi.
  • Kolam Rangoli ialah lukisan yang dibuat daripada tepung beras yang berwarna.
  • Penganut Hindu akan mandi minyak pada pagi Deepavali yang melambangkan penyucian diri.
  • Mereka mengunjungi kuil untuk bersembahyang
Memasang pelita semasa Deepavali


Menyediakan Kolam Rangoli
Hari Thaipusam 
  • Disambut pada bulan 'Thai',iaitu bulan kesepuluh dalam kalender Tamil.
  • Disambut bagi menghormati Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.
  • Mereka akan membawa kavadi sebagai tanda membayar nazar.Perayaan ini menguji kepercayaan penganutnya kepada Dewa Murugan menyebabkan mereka tidak merasa sakit dan berdarah apabila badan mereka dicucuk dengan besi semasa menyambutnya.
  • Perarakan membawa kavadi merupakan kemuncak perayaan Thaipusam.Perarakan ini berakhir dengan membawa persembahan ke kuil,iaitu Dewa Murugan.
  • Susu,madu,dan kelapa akan dipersembahkan kepa Dewa Murugan.
  • Di Malaysia,Gua Batu Caves di Selangor menjadi tumpuan penganut agama Hindu meraikan perayaan Thaipusam.
  • Setelah membersihkan diri,penganut Hindu akan menaiki 272 anak tangga.
  • Ramai yang tidak makan daging selama 40 hari serta mengetepikan sebarang bentuk keseronokan dan keselesaan.
Membawa kavadi
 PERAYAAN ORANG KRISTIAN
Hari Krismas
  • Disambut pada 25 Disember setiap tahun di seluruh dunia sebagai memperingati kelahiran Jesus Christ.
  • Kanak-kanak mengaitkan hari tersebut dengan 'Santa Claus' yang membawa hadiah.
  • Penganut  agama Kristian akan bersembahyang dan berdoa di gereja.
  • Rumah dihias dengan pokok Krismas yang digantung dengan pelbagai lampu dan hiasan.
  • Hadiah diletakkan di bawah pokok Krismas dan setiap ahli keluarga akan bertukar-tukar hadiah.
Pokok Krismas yang dihias semasa Krismas
  • Nyanyian keagamaan oleh kumpulan koir diadakan di gereja dan dari rumah ke rumah.
  • Ahli keluarga akan makan malam bersama-sama sebagai tanda bersyukur atas rahmat Tuhan.
  • Pada Hari Krismas,satu upacara agama diadakan di gereja pada sebelah pagi.Selapas itu barulah mereka mengunjungi sanak-saudara dan juga sahabat handai.
  • Ada juga yang mengadakan rumah terbuka untuk menerima kunjungan tetamu.
Hari Good Friday
  • Hari Good Friday disambut untuk memperingati hari Jesus Christ disalib.
  • Penganut agama Kristian akan berkunjung ke gereja untuk bersembahyang.
  • Pada hari tersebut,para penganut Kristian digalakkan berpuasa.


'Santa Claus'



Pokok Krismas
PERAYAAN ORANG SIKH
Hari Vaisakhi
  • Hari Vaisakhi merupakan hari meraikan hari kelahiran kaum Khalsa(sikh)
  • Pengasas agama ini ialah Guru Nanak.Selepas Guru Nanak meninggal dunia,sebanyak sepuluh orang Guru telah mengambil alih tempat beliau.
  • Kaum Sikh diwajibkan mengamalkan 5 'k',iaitu 'Kesh'(rambut yang tidak dipotong),'Kamgha'(sikat),'Kara'(gelang di tangan kanan),'Kirpan'(pisau yang bermata dua) dan 'Kachha'(seluar pendek).
  • Sebelum 1699,Hari Vaisakhi disambut dengan mengadakan pertunjukan kebudayaan dengan pelbagai acara termasuk tarian Bhangra.
  • Kini,Hari Vaisakhi disambut pada 14 April setiap tahun oleh komuniti Sikh di seluruh dunia.Kaum Sikh pergi ke Gurdwara untuk bersembahyang pada Hari Vaisakh.
Perayaan Hari Vaisakh



Negaraku

DiRi SaYa

Hye...
Selamat sejahtera kepada semua...
Nama saya KOGILAVANI A/P SHAGER...
Asal dari IPOH,PERAK...
Umur 20...
Belajar di KPJ INTERNATIONAL COLLEGE,NILAI...